Welcome to BRO's blog!!!! huhu~ cam org gle je luah perasaan kat cni!! huahuahua!!!

Saturday, June 25, 2011

Kenapa Bila aku Setia, Dia Tetap Curang??

salam buat semua! ak tak brape sehat sejak keblakangan nih,, 
selsema menjadi2,, fuhh! dahle nex wik da nk abes intern,, pasti ku akan merindui astro!!!
the heaven place! i luv ASTRO!!! yeay!! hehe.. (rindu gle rozita che wan!!) hee


back to the topic~



Itu antara soalan yg ak dapat di Mukabuku, kutip dari kawan-kawan dan juga paling terbaru pagi ini bila ada seseorang tulis kat blog. Benda yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, bergantung kepada hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga??
renung2kan lah kawan2!

Pada pendapat aku, ia berbalik semula kepada soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan dalam kawalan dan juga luar kawalan. Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka berbanding orang luar. Nah, orang boleh kata dia memahami kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau?
Tidak bukan?? kan?? huhu..


Dan kenapa sebenarnya kecurangan boleh berlaku?
Statistik perpisahan, pemutusan kaple, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang.

Tidak.!!
Ia bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu sendiri.
Mari kita lihat kenapa seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan. Nah, curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk - pergaduhan, pembunuhan dan macam-macam lagi, kau namakan, salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan.

1. Belum bersedia memberikan komitmen.
Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, sesetengah daripada kita mungkin lebih mahu terus memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya (kononnyer) dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna, sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah kita kawan dulu, baru kita kenal lebih rapat sering digunakan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak. (f!@K up lah!!)

Kita kena akui bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila terlampau mendesak, biasanya ia akan meletup dengan sendirinya kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan wanita mereka. (huhuhu, poyo jer) heh

2. Melihat pasangan sebagai seorang yang tidak adil.
Ah, ini menggusarkan.
Bila melihat pasangan lebih banyak menghabiskan kerja di luar dan tidak memberikan pujian ataupun kata-kata perangsang dengan usaha sendiri, terbit rasa tidak berpuas hati secara senyap-senyap. Maka, mulalah mencari alasan untuk mendapatkan seseorang yang akan sentiasa memuji apa yang dilakukan dan lebih menghargai kononnya.

Maaf, ini kebanyakannya berlaku kepada perempuan.
Naluri perempuan kebanyakannya mahu diberikan perhatian walaupun sedikit. Percayalah, kalau lelaki sanggup tinggalkan permainan komputer mereka walaupun sekejap untuk mendengar celoteh si perempuan, pastinya si perempuan itu sudah cukup gembira sampai bunga-bunga penuh atas kepala. Dan begitu juga lelaki aku rasa, jika perempuan boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar apa mereka luahkan, itu sudah membuatkan mereka lega.

Timbal balik benda mudah dalam perhubungan.
Setuju? (atau tak) hehe

3. Bosan dengan benda rutin.
Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terlampau mangli dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada orang yang benci dengan perkara sebegitu. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Tidak salah. Cuma jangan sampai berlebihan.

4. Ada cinta baru
Macam-macam.
Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Ah, kata orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal, kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.

Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.

pjg nyer ak mengarot! adehh! terdpt mud untukmengarut pada mlm nih! ehe~

No comments:

Post a Comment